Tuesday, 15 September 2015

PENGENALAN


PENGENALAN

Dataran Merdeka adalah di mana bendera Malaysia pertama kali dinaikkan selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 daripada pemerintahan British. Ia adalah dataran utama di Kuala Lumpur, dengan tiang bendera di tengah hampir seratus meter tinggi, dan beberapa bangunan penting budaya sekitarnya.

Yang paling menarik dan mengenakan daripadanya adalah Bangunan Sultan Abdul Samad, struktur menara besar yang mempunyai jam pusat dan menempatkan beberapa prosiding kerajaan. Selain itu, Plaza Putra, bawah tanah pusat membeli-belah dan tempat letak kereta banyak terletak betul-betul di bawah tiang bendera.Ia  juga merupakan kawasan yang menarik untuk mereka yang mencari barang lama atau peringatan lain pengembaraan Malaysia besar mereka.



Di samping itu, Dataran Merdeka merupan khazanah negara kita yang paling unik dan juga boleh mendapatkan maklumat tentang artifak atau barang lama yang kita tidak dikenali.Oleh itu,generasi muda dapat mengetahui tentang ketinggalan zaman dahulu yang memberi banyak manfaat kepada generasi kini.

OBJEKTIF KAJIAN



  1. Mengetahui sejarah tentang Dataran Merdeka
  2. Menerangkan keadaan berlaku di Dataran Merdeka
  3. Mengetahui tentang tokoh-tokoh yang terlibat dalam Dataran Merdeka
  4. Mengetahui sambutan yang diadakan di Datara Merdeka
  5. Membincangkan kesan daripada peristiwa itu kepada Negara



BAB 1 : SEJARAH DATARAN MERDEKA









Kuala Lumpur (KL) adalah ibu negara Malaysia. Seluas 243 km2 (94 batu persegi), mempunyai penduduk seramai 1.4 juta pada 2010. Dikenali juga sebagai Lembah Klang. Asal-usul pada 1850-an, apabila Ketua Melayu Klang, Raja Abdullah, mengupah buruh-buruh Cina untuk membuka lombong bijih timah. Pelombong mula mendarat di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang, Pudu dan Batu. Sekitar tahun 1870-an,Kapitan ketiga Cina Kuala Lumpur, Yap Ah Loy, muncul sebagai pemimpin.



Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap dibina dan digunakan pada tahun 1897. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan itu merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang gagah pada masa itu.


Kelab DiRaja Selangor.

Bangunan tersebut terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Keluasan kawasan tersebut adalah 10,200 meter persegi. Di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Kedudukan bangunan dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General, Pejabat Besar Pos dan selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.







Mahkamah Agung Malaysia.
Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik seni binanya dan merupakan 


diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang berbentuk ladam dan di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Terdapat juga tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked.Bangunan ini juga mempunyai satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.
Bangunan Sultan Abdul Samad yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini membuktikanya. Pada peringkat awal ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat warna hitam, namun ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut tembaga. Sebanyak RM 152,000 telah dilaburkan untuk membina bangunan ini dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.
Pada sekitar tahun 1978, pengubahsuaian bangunan telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada ketika itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah yang terdapat pada bangunan tersebut pada tahun 1982. Pengubahsuaian dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.



Dataran Merdeka yang dinamakan sempena memperingati hari kemerdekaan Malaysia adalah destinasi paling sesuai untuk menyingkap sejarah bandar raya Kuala Lumpur.Di sinilah tempatnya di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 menandakan tamatnya zaman penjajahan Inggeris di sini.



Pada detik tersebut, Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman telah memimpin ribuan warga negara dengan laungan keramat: "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" sebagai pengisytiharan kemerdekaan Malaysia. Kini, tiang bendera setinggi 100 meter mengibarkan bendera Malaysia bagi memperingati hari yang bersejarah tersebut.


Padang di Dataran Merdeka memainkan peranan penting sebagai tapak perarakan polis dan lokasi bagi pelbagai acara dan aktiviti sukan seperti kriket pada suatu masa dahulu. Landskap dataran yang direka indah ini juga memberikan pemandangan kaki langit ibukota yang menawan.Bangunan Kelab Selangor terletak di tepi padang Dataran Merdeka. Bangunan yang mempunyai senibina ala-Tudor ini dibina pada tahun 1890 dan pernah menjadi tempat tumpuan warga elit di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.


Di seberang padang Dataran Merdeka pula ialah bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan yang mempunyai ciri-ciri senibina Islam ini disempurnakan pada tahun 1897 dan pernah digunakan sebagai pejabat beberapa jabatan pentadbiran yang penting sewaktu zaman penjajahan Inggeris dahulu.
Dataran Merdeka mempunyai bahagian bawah tanah yang dibangunkan pada tahun 1995. Dataran Merdeka bolehlah dikatakan berfungsi sebagai terowong keselamatan jika terjadi peperangan sebagaimana di Iraq.

Namun begitu pada tahun 1998, Dataran Merdeka ditenggelami air banjir kilat yang melimpah dari Sungai Bonus . Tahun 1971 Kuala Lumnpur turut ditenggelami banjir besar.Dataran Merdeka kini digunakan semula untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50 termasuk Konsert Menjelang Malam Merdeka.

BAB 2 KESAN PERISTIWA TERSEBUT TERHADAP NEGARA



Membincangkan kesan peristiwa tersebut terhadap negara


·         Era Pembangunan Negara
·         Tema & Logo Sambutan Kemerdekaan


Era Pembangunan Negara


            Selepas Tanah Melayu mengisytiharkan kemerdekaannya, kerajaan ingin membangunkan Tanah Melayu dari segi sosial, ekonomi dan politik. Semua perkara ini tidak dibangunkan pada masa yang sama tetapi dilaksanakan secara berperingkat mengikut rancangan selama 5 tahun berturut-turut.

rancangan pembangunan
·         Rancangan Malaya Pertama (1956-1950)
Ø  rancangan RM1 bertujuan untuk membangunkan kawasan luar bandar dan merapatkan jurang antara bandar-bandar yang lain. pelbagai aktiviti ekonomi dijalankan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara sambil mengurangkan pergantungan terhadap perdaganagan bijih timah dan getah, dan mengurangkan kemiskinan di kalangan rakyat.
·         Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Ø Perbaiki kemudahan asas
Ø peranan felda adalah meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar, hasil pertanian, dan menyediakan tanah bagi penempatan baru. penduduk luar bandar di bawa ke tanah kawasan terbuka, dan di jadikan petani moden, dan membantu memasarkan hasil mereka secara terus. selain it menumpu perhatian dalam tanaman getah dan kelapa sawit di kawasan tersebut
·         rancangan malaysia pertama (1966-1970)
Ø  penubuhan MARA pada masa tersebut, dapat membangunkan masyarakat luar bandar, selain itu membantu mereka dengan bantuan kewangan  dan pengusahaan pertanian. mereka juga memasarkan hasil pertanian, dan membimbing masyarakat melayu dalan bidang perniagaan.

dasar ekonomi baru
§  rancangan malaysia kedua (1971-1975)
v  DEB diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. ia juga menggalakkan bumiptura untuk memiliki modal dalam sektor korprat.
§  rancangan malaysia ketiga (1976-1980)
v  KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR membuka tanah secara besar besaran. ini memberi peluang kepada petani moden untuk meningkatkan penanaman getah dan kelapa sawit. pembangunan wilayah berlaku dengan pesat. ia memperluaskan peranan agensi-agensi seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA, dan RISDA
§  rancangan malaysia keempat (1981-1985)
v  penubuhan perbadanan industri berat malaysia
v  menguruskan  projek intdutri berat dengan cekap
§  rancangan malaysia kelima (1986-1990)
v  tingkat sektor perindustrian
v  tingkat pelaburan dalam sektor perindustrian
v  melonggarkan syarat pelaburan asing

           

Tema dan Logo Sambutan Kemerdekaan dari 1970-1991


       Kemerdekaan disambut tahun demi tahun, pada tahun 1970 sambutan in dilakukan berasaskan tema dan mula pada tahun 1976 logo digunakan untuk menyemarakkan semangat patriotik. Dengan adanya tema dan logo, ia bertindak sebagai azam untuk negara dan menggalak rakyat untuk mencapai dan laksana azam tersebut.




1970    MUHIBAH DAN PERPADUAN
1971    MASYARAKAT PROGRESIF
1972    MASYARAKAT ADIL
1973    MASYARAKAT BERKEBUDAYAAN MALAYSIA
1974    SAINS DAN TEKNOLOGI ALAT PERPADUAN
1975    MASYARAKAT KERDIKARI 1976


1976    KETAHANAN RAKYAT
·         Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita cita
·         Rekabentuk ini juga menyerupai rebana ubi,menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan.
·         Lima lembaga manusia pula mencerminkan lima prinsip Rukunnegara
·         Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia.

1977    20 TAHUN BERSATU MAJU
·         Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing bagi menandakan kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat melambangkan hasrat rakyat untuk bersatu.
·         Lima tiang pula melambangkan lima prinsip Rukunnegara.
·         Sementara bentuk hadapan perahu menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang bernar-benar timbul dari bumi negara ini.
·         Bulatan yang mengandungi nombor 20 menandakan 20 tahun usia kemerdekaan. Logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian dan Perindustrian) dan batiniah.
  
1978    KEBUDAYAAN SENI PERPADUAN
·         Logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia) .
·         Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru yang bercantum menggambarkan perpaduan rakyat.
·         Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka ‘XXI’ yang memberikan erti 21 tahun merdeka.
·         Logo ini memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan disamping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyat hidup bersatupadu.

1979    BERSATU BERDISIPLIN
·         Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-prinsip Rukunnegara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
·         Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara.
·         Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru dan merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu.
·         Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja.
·         Logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukunnegara supaya dapat menuju kearah kemakmuran dan keamanan.

1980    BERDISIPLIN BERBAKTI
·         Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraaan hidup.
·         Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara.
·         Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan ‘bulat manusia kerana muafakat’.
·         Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisplin.

1981    BERDISIPLIN BERHARMONI
·         Logo ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh Negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan .
·         Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencermin garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara.
·         Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

1982    BERDISIPLIN GIAT MAJU
·         Logo ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan.
·         Ia melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri.
·         Warna-warna yang digunakan adalah warna bendera Malaysia.
·         Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara.
·         Bulatan pula menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan.
·         Warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 2 dan 5 itu melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang selama 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan.

1983    BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
·         Logo ini berbentuk anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan.
·         Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-bagai bidang.
·         Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam.
·         Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.

 1984    AMANAH ASAS KEJAYAAN 1985
·         Bulatan putih ditengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah.
·         Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat dan kerjasama yang erat antara sector awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek.
·         Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah.

1985    NASIONALISME TERAS PERPADUAN
·         Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut.
·         Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa Malaysia manakala bulatan kuning melambangkan negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
·         Bulatan merah menunjukkan patriotism menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpadaun rakyat yang cintakan negara.

1986    BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
·         Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa.
·         Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah.
·         Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukunnegara.

1987    SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
·         Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang kelima empat bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah.
·         Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian .
·         Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan. Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan, dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukunegara.
·         Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha.

1988    BERSATU
·         Tema “Bersatu” dilambangkan oleh tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia.
·         Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini.
·         Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia.
·         Warna Kuning melambangkan system raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.

1989    BERSATU
·         Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini.
·         Petak-petak berwarna-warni ibarat ‘anyaman’ yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru berteraskan perpaduan nasional.
·         Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan, juga kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat.
·         Petak-petak yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu.
·         Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam mendukung sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.

1990    BERJAYA
·         Konsep tema “BERJAYA” digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya.
·         Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia.
·         Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya, Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara.
·         Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.

1991    WAWASAN 2020
·         Logo ini bertemakan Wawasan 2020.
·         Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju.
·         Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nila-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020.




·       



.

Monday, 14 September 2015

BAB 3 : RUSUHAN KAUM

BAB 3 : RUSUHAN KAUM YANG BERLAKU DI DATARAN MERDEKA


LATAR BELAKANG


Isu perkauman dalam pilihan raya 1969


Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orangMelayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya.Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.


Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat dikenal pasti) telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2]Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNOakan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.



PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN


Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.


Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.


PERARAKAN KEMATIAN CINA


Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.


REJIMEN RENJER


Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das tembakan turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.


ASKAR MELAYUAkhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar Melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana mereka telah membaling botol ke arah askar Melayu tersebut.


Ramai orang Cina dibunuh dan dihumban ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Kononnya ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.


ANGKA KORBAN


Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.


Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

Melayu  : 86 orang Cina  : 342 orang Lain-lain  : 3 orang


Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.