Monday, 14 September 2015

KESIMPULAN DAN RUJUKAN



KESIMPULAN
        Dataran Merdeka penuh dengan sejarah ,di mana untuk kali pertama bendera tanah melayu dinaikkan pada 31 ogos 1957. Sambutan kemerdekaan perlu disambut kerana mengingati perjuangan para tokoh-tokoh yang  sanggup mengorbankan diri untuk mempertahankan negara daripada penjajah dan kemerdekaan rakyat jelata. Dataran merdeka di jadikan pusat pelancongan untuk memudah semua orang belajar mengenai sejarah Malaysia, dan menjadi ikon dimana lahirnya negaraku Malaysia. Marilah kita mengingati dan memupuk semangat patriotisma, supaya kita lebih cintakan negara.

RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pemasyhuran_Kemerdekaan_Tanah_Melayu
http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/?page_id=3055
http://www.slideshare.net/nordamia81/keadaan-masyarakat-di-tanah-melayu-sebelum-dan-selepas-penjajahan
http://www.slideshare.net/wakanuk/konsep-masyarakat-majmuk?from_action=save
https://utmkskptdsite.wordpress.com/2013/06/27/tokoh-tokoh-pejuang-kemerdekaan-malaysia/








Video ini mengisahkan tentang pengistyharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 bertempat di Dataran Merdeka yang baru dirasmikan  Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di sekolah-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan.



Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk menyaksikan upacara bersejarah ini.

Kemudian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain atas pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pemasyhuran Kemerdekaan".

Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" sebanyak 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan oleh tokoh agama Islam iaitu Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru dimana Islam, merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan tembakan meriam seratus satu das.







No comments:

Post a Comment