Tuesday, 15 September 2015

BAB 2 KESAN PERISTIWA TERSEBUT TERHADAP NEGARA



Membincangkan kesan peristiwa tersebut terhadap negara


·         Era Pembangunan Negara
·         Tema & Logo Sambutan Kemerdekaan


Era Pembangunan Negara


            Selepas Tanah Melayu mengisytiharkan kemerdekaannya, kerajaan ingin membangunkan Tanah Melayu dari segi sosial, ekonomi dan politik. Semua perkara ini tidak dibangunkan pada masa yang sama tetapi dilaksanakan secara berperingkat mengikut rancangan selama 5 tahun berturut-turut.

rancangan pembangunan
·         Rancangan Malaya Pertama (1956-1950)
Ø  rancangan RM1 bertujuan untuk membangunkan kawasan luar bandar dan merapatkan jurang antara bandar-bandar yang lain. pelbagai aktiviti ekonomi dijalankan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara sambil mengurangkan pergantungan terhadap perdaganagan bijih timah dan getah, dan mengurangkan kemiskinan di kalangan rakyat.
·         Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Ø Perbaiki kemudahan asas
Ø peranan felda adalah meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar, hasil pertanian, dan menyediakan tanah bagi penempatan baru. penduduk luar bandar di bawa ke tanah kawasan terbuka, dan di jadikan petani moden, dan membantu memasarkan hasil mereka secara terus. selain it menumpu perhatian dalam tanaman getah dan kelapa sawit di kawasan tersebut
·         rancangan malaysia pertama (1966-1970)
Ø  penubuhan MARA pada masa tersebut, dapat membangunkan masyarakat luar bandar, selain itu membantu mereka dengan bantuan kewangan  dan pengusahaan pertanian. mereka juga memasarkan hasil pertanian, dan membimbing masyarakat melayu dalan bidang perniagaan.

dasar ekonomi baru
§  rancangan malaysia kedua (1971-1975)
v  DEB diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. ia juga menggalakkan bumiptura untuk memiliki modal dalam sektor korprat.
§  rancangan malaysia ketiga (1976-1980)
v  KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR membuka tanah secara besar besaran. ini memberi peluang kepada petani moden untuk meningkatkan penanaman getah dan kelapa sawit. pembangunan wilayah berlaku dengan pesat. ia memperluaskan peranan agensi-agensi seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA, dan RISDA
§  rancangan malaysia keempat (1981-1985)
v  penubuhan perbadanan industri berat malaysia
v  menguruskan  projek intdutri berat dengan cekap
§  rancangan malaysia kelima (1986-1990)
v  tingkat sektor perindustrian
v  tingkat pelaburan dalam sektor perindustrian
v  melonggarkan syarat pelaburan asing

           

Tema dan Logo Sambutan Kemerdekaan dari 1970-1991


       Kemerdekaan disambut tahun demi tahun, pada tahun 1970 sambutan in dilakukan berasaskan tema dan mula pada tahun 1976 logo digunakan untuk menyemarakkan semangat patriotik. Dengan adanya tema dan logo, ia bertindak sebagai azam untuk negara dan menggalak rakyat untuk mencapai dan laksana azam tersebut.




1970    MUHIBAH DAN PERPADUAN
1971    MASYARAKAT PROGRESIF
1972    MASYARAKAT ADIL
1973    MASYARAKAT BERKEBUDAYAAN MALAYSIA
1974    SAINS DAN TEKNOLOGI ALAT PERPADUAN
1975    MASYARAKAT KERDIKARI 1976


1976    KETAHANAN RAKYAT
·         Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita cita
·         Rekabentuk ini juga menyerupai rebana ubi,menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan.
·         Lima lembaga manusia pula mencerminkan lima prinsip Rukunnegara
·         Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia.

1977    20 TAHUN BERSATU MAJU
·         Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing bagi menandakan kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat melambangkan hasrat rakyat untuk bersatu.
·         Lima tiang pula melambangkan lima prinsip Rukunnegara.
·         Sementara bentuk hadapan perahu menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang bernar-benar timbul dari bumi negara ini.
·         Bulatan yang mengandungi nombor 20 menandakan 20 tahun usia kemerdekaan. Logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian dan Perindustrian) dan batiniah.
  
1978    KEBUDAYAAN SENI PERPADUAN
·         Logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia) .
·         Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru yang bercantum menggambarkan perpaduan rakyat.
·         Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka ‘XXI’ yang memberikan erti 21 tahun merdeka.
·         Logo ini memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan disamping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyat hidup bersatupadu.

1979    BERSATU BERDISIPLIN
·         Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-prinsip Rukunnegara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
·         Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara.
·         Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru dan merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu.
·         Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja.
·         Logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukunnegara supaya dapat menuju kearah kemakmuran dan keamanan.

1980    BERDISIPLIN BERBAKTI
·         Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraaan hidup.
·         Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara.
·         Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan ‘bulat manusia kerana muafakat’.
·         Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisplin.

1981    BERDISIPLIN BERHARMONI
·         Logo ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh Negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan .
·         Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencermin garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara.
·         Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

1982    BERDISIPLIN GIAT MAJU
·         Logo ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan.
·         Ia melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri.
·         Warna-warna yang digunakan adalah warna bendera Malaysia.
·         Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara.
·         Bulatan pula menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan.
·         Warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 2 dan 5 itu melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang selama 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan.

1983    BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
·         Logo ini berbentuk anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan.
·         Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-bagai bidang.
·         Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam.
·         Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.

 1984    AMANAH ASAS KEJAYAAN 1985
·         Bulatan putih ditengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah.
·         Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat dan kerjasama yang erat antara sector awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek.
·         Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah.

1985    NASIONALISME TERAS PERPADUAN
·         Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut.
·         Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa Malaysia manakala bulatan kuning melambangkan negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
·         Bulatan merah menunjukkan patriotism menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpadaun rakyat yang cintakan negara.

1986    BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
·         Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa.
·         Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah.
·         Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukunnegara.

1987    SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
·         Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang kelima empat bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah.
·         Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian .
·         Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan. Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan, dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukunegara.
·         Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha.

1988    BERSATU
·         Tema “Bersatu” dilambangkan oleh tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia.
·         Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini.
·         Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia.
·         Warna Kuning melambangkan system raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.

1989    BERSATU
·         Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini.
·         Petak-petak berwarna-warni ibarat ‘anyaman’ yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru berteraskan perpaduan nasional.
·         Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan, juga kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat.
·         Petak-petak yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu.
·         Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam mendukung sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.

1990    BERJAYA
·         Konsep tema “BERJAYA” digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya.
·         Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia.
·         Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya, Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara.
·         Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.

1991    WAWASAN 2020
·         Logo ini bertemakan Wawasan 2020.
·         Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju.
·         Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nila-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020.




·       



.

No comments:

Post a Comment