1970 MUHIBAH DAN PERPADUAN
1971 MASYARAKAT PROGRESIF
1972 MASYARAKAT ADIL
1973 MASYARAKAT BERKEBUDAYAAN MALAYSIA
1974 SAINS DAN TEKNOLOGI ALAT PERPADUAN
1975 MASYARAKAT KERDIKARI 1976
1976 KETAHANAN RAKYAT
·
Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat
yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita cita
·
Rekabentuk ini juga menyerupai rebana
ubi,menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan.
·
Lima lembaga manusia pula mencerminkan lima prinsip
Rukunnegara
·
Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada
bendera Malaysia.
1977 20 TAHUN BERSATU MAJU
·
Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing bagi
menandakan kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat melambangkan hasrat
rakyat untuk bersatu.
·
Lima tiang pula melambangkan lima prinsip
Rukunnegara.
·
Sementara bentuk hadapan perahu menandakan teras
kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang bernar-benar timbul dari
bumi negara ini.
·
Bulatan yang mengandungi nombor 20 menandakan 20
tahun usia kemerdekaan. Logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor
kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian dan Perindustrian) dan batiniah.
1978 KEBUDAYAAN SENI PERPADUAN
·
Logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang
berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera
Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia) .
·
Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat
suatu bulatan lagi dalam bentuk itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk
ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan
bentuk kepala dan badan berwarna biru yang bercantum menggambarkan perpaduan
rakyat.
·
Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan
gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan
ditengah-tengah sekali kelihatan angka ‘XXI’ yang memberikan erti 21 tahun
merdeka.
·
Logo ini memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah
negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai
berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan disamping itu berjaya menaungi serta
memupuk rakyat hidup bersatupadu.
1979 BERSATU BERDISIPLIN
·
Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar
melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru
melambangkan prinsip-prinsip Rukunnegara dan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum.
·
Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama,
perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk
memajukan negara.
·
Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan
yang berwarna biru dan merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu.
·
Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja
dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja.
·
Logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada
berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu
dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukunnegara supaya dapat menuju
kearah kemakmuran dan keamanan.
1980 BERDISIPLIN BERBAKTI
·
Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima
segi) dalam mencapai kesejahteraaan hidup.
·
Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah
itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti
kepada Raja dan Negara.
·
Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang
ada itu melambangkan ‘bulat manusia kerana muafakat’.
·
Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan
hidup berdisplin.
1981 BERDISIPLIN BERHARMONI
·
Logo ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang
telah dicapai oleh Negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan
.
·
Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah
logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu
berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang
yang mencermin garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara.
·
Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan
kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
1982 BERDISIPLIN GIAT MAJU
·
Logo ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga
Kebangsaan.
·
Ia melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti
yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri.
·
Warna-warna yang digunakan adalah warna bendera
Malaysia.
·
Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai
lima prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara.
·
Bulatan pula menunjukkan keharmonian perpaduan dan
kesempurnaan.
·
Warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat
terhadap negara dan percantuman 2 dan 5 itu melambangkan perpaduan, liku hidup
dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan
kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang selama 25
tahun dan seterusnya pada masa hadapan.
1983 BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
·
Logo ini berbentuk anak panah yang memberikan
gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan.
·
Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang
erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-bagai bidang.
·
Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang
terjalin antara satu dengan lain yang mengandungi bulatan-bulatan yang
menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada
usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam.
·
Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan
negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang
melambangkan sokongan pihak kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai
aspirasi negara.
1984 AMANAH ASAS KEJAYAAN 1985
·
Bulatan putih ditengah-tengah logo mencerminkan
kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah.
·
Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning
biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang
kaum di dalam negara yang berdaulat dan kerjasama yang erat antara sector awam
dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek.
·
Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak
panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan
pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah.
1985 NASIONALISME TERAS PERPADUAN
·
Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk
merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai
rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan
semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut.
·
Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan
harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara
kaum menjadikan satu bangsa Malaysia manakala bulatan kuning melambangkan
negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
·
Bulatan merah menunjukkan patriotism menjadi asas
yang penting dalam mengukuhkan perpadaun rakyat yang cintakan negara.
1986 BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
·
Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan
kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan
kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa.
·
Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat
diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang
dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah.
·
Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan raja-raja
yang merupakan satu daripada prinsip Rukunnegara.
1987 SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
·
Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas
empat bulatan sementara bulatan yang kelima empat bulatan yang kelima pula
terletak di tengah-tengah.
·
Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam
empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian
.
·
Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan
dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan. Lima
bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan,
dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan
Rukunegara.
·
Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti
kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan
melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu
sementara warna merah pula membawa erti berusaha.
1988 BERSATU
·
Tema “Bersatu” dilambangkan oleh tiga kepala dan
satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang
terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan
keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia.
·
Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti
rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara
ini.
·
Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan
Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian
rakyat Malaysia.
·
Warna Kuning melambangkan system raja
berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.
1989 BERSATU
·
Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni
anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep
logo ini.
·
Petak-petak berwarna-warni ibarat ‘anyaman’ yang
kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.
Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru berteraskan perpaduan nasional.
·
Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih
yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat
resam dan kebudayaan, juga kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat.
·
Petak-petak yang berbentuk empat anak panah yang
bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan berpandukan
semangat setiakawan dan berganding bahu.
·
Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan
penting dalam mendukung sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.
1990 BERJAYA
·
Konsep tema “BERJAYA” digambarkan melalui tiga
kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia
berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan
untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya.
·
Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem
pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara
yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia.
·
Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan
menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang
menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya, Warna ini juga
melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas
pentadbiran negara.
·
Warna biru yang menjadi latar belakang logo
melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.
1991 WAWASAN 2020
·
Logo ini bertemakan Wawasan 2020.
·
Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah,
biru putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu
padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju.
·
Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan
sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai
hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan
pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nila-nilai yang luhur dan murni
dalam usaha mencapai wawasan 2020.